Monday, December 26, 2011

PERKEMBANGAN FESYEN

FESYEN pakaian sudah mengalami perubahan atau "tranformasi" yang pesat seiring dengan perkembangan zaman. Hari ini, kepelbagaian fesyen telah memungkinkan pelbagai ciptaan dihasilkan. Perkembangan ini mencakupi seluruh dunia, termasuk Malaysia yang tidak ketinggalan dalam mewarnai dunia fesyen.

Salah satu daripada keperluan asas manusia ialah pakaian selain daripada makanan dan tempat tinggal. Tujuan manusia berpakaian adalah untuk menutup tubuh badan yang berfungsi sebagai pelindung dari cuaca, penyakit, haiwan dan lain-lain.
Rekabentuk dan stail pakaian berubah dari satu abad ke satu abad yang lain mengikut adat dan budaya sesetengah masyarakat. Pakaian juga digunakan bagi menunjukkan personaliti seseorang kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.
Pengetahuan tentang evolusi berpakaian adalah penting untuk kita mengetahui asal-usul pakaian yang dipakai sekarang. Terdapat tiga aspek mengapa manusia perlu berpakaian, iaitu;
1.aspek fisiologi,iaitu manusia berpakaian untuk melindungi dari kesejukan, kepanasan (di kawasan gurun) dan sebagainya.
2.aspek psikologi, terutamanya untuk menjaga maruah atau kehormatan diri, dan
3.aspek sosiologi.

No comments: